Aku sudah berpindah rumah….

hohhoo…satu berita baru…kini aku sudah berpindah ke wordpress yg baru iatu wordpress la gak..hahaha…kat sini klu ada berita yg terbaru mngkin aku akan post kan la jugak..tp aku rasa lebih baik korang pg link aku lg 1 tu..kat sana aku leh upload video dan lakukan mcm2 lg…aku ingin bebas…hahahaha..mcm lagu kaer af1 tu…af1 ke??lantak la..aku pun dah lupa…tp jgn lupa klu dah singgah kat sini n then dah baca memo ni..pg la tgk blog aku yg baru tu..hehehe..korang bg la komen kat sana ea…

ini link baru aku tu..kat sini aku leh buat apa2 yg aku suka..muahahahaha…

http://farahaznil.co.cc/

Elektrik akan naik 1 JULAI ni….

Kini aku dengar ura2 kenaikan harga elektrik pula.Skali lg aku tension!!!suma nak naik…argh..sudah melampau kerajaan ni..aku bengang!!!..bengang..bengang…ni plak psl tarif kenaikan petang td..

Abdullah berkata, bagi jumlah penggunaan antara 0 hingga 400 kwj sebulan (kediaman) – kadar tarif bagi 200 kwj pertama sebulan ialah 21.8 sen satu kwj;  201 hingga 400 kwj berikutnya 34.5 sen satu kwj. Caj minimum bulanan RM3.

Bagi jumlah penggunaan lebih 400 kwj sebulan (kediaman), kadar tarif bagi 50 kwj pertama ialah 30 sen satu kwj; 501-600 kwj berikutnya 39 sen satu kwj; 601 -700 (40 sen), 701-800 (41 sen), 801-900 (43 sen) dan 901 kwj ke atas (46 sen). Caj minimum sebulan RM3.

Manakala pengguna komersial dan industri pula akan mengalami peningkatan tarif sebanyak 26 peratus. [Tarif lengkap di laman web] Pejabat Perdana Menteri

new electricity tariffs 040608 bm version

Bagi katogori lain..

Tarif B (tarif perdagangan voltan rendah) bagi jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200 kwj sebulan, bagi semua kwj 38 sen. Caj minimum bulanan RM7.20.

Bagi penggunaan keseluruhan melebihi 200 kwj sebulan, 40.8 sen. Caj minimum sebulan RM7.20.

bullet button Tarif C1 – tarif perdagangan am, voltan sederhana, bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan RM24.8. Bagi semua kwj 29.6 sen. Caj minimum bulanan RM600.

bullet button Tarif C2 – tarif perdagangan puncak/luar puncak voltan sederhana, bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan dalam tempoh puncak RM36.60.

Bagi semua kwj dalam tempoh puncak 29.6 sen. Bagi semua kwj dalam tempoh luar puncak 18.2 sen. Caj minimum bulanan RM600.

bullet button Tarif D – tarif perindustrian voltan rendah – bagi jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200 kwj sebulan, bagi semua kwj 34.2 sen.

Caj minimum bulanan RM7.20. Bagi jumlah penggunaan keseluruhan melebihi 200 kwj sebulan, 36.6 sen. Caj minimum bulnan RM7.20.

bullet button Tarif Ds – Tarif perindustrian khas – (untuk pengguna yang layak sahaja) 34.4 sen per kwj. Caj minumum RM7.20

bullet button Tarif E1 – tarif prindusrian am voltan sederhana bagi setiap kilowatt kehendak maksimum sebulan RM24.6 satu kilowatt bagi semua kwj 28 sen per kwj. Caj minimum bulanan RM600.

bullet button Tarif E1s – tarif perindustrian khas (untuk pengguna yang layak sahaja) bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan RM19.1. Bagi semua kwj 27.2 sen. Caj minimum bulanan RM600.

Korang paham ke tgk tarif ni??aku tak berapa paham sangat.Takpe lah..janji korang tau akan kenaikan elektrik tak lama lg kan??hehehe…

P/S: tak lama lagi aku suh mak aku pasang pelita kat rmh mcm zaman JOPON dulu..sbb nak tlng jimatkan harga bil elektrik bulanan rmh aku yg mencecah RM100 sebulan..pasni aku pun dah takleh nak bukak slalu komputer..sbb nak jimat elektrik..hahaha

MINYAK naik lagi!!!!!!!!!

Argh…skali lagi aku bengang..mana taknya..harga minyak naikaku benci!!menyusahkan rakyat..itu kata aku la..org lain tak tau mcm mana..kot2 ada yg menyokong ke kan..

Harga petrol akan dinaikan sebanyak o.78 sen,dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70.. manakala diesel pula akan dinaikan sebanyak Rm 1,yg dulunya harganya ialah RM1.58 seliter kini telah mencecah RM2.58.

Sekadar gambar hiasan..

Kini sara kos sara hidup semakin meningkat.Dengan kenaikan beras sehingga 50 %.Aku tak mampu nak berkata apa lagi.Kerajaan mahu bunuh kita agaknya.Apa yang dorang cakap nak membantu rakyat dulu,kini sudah terbukti…tiada..kerana aku rasa mereka lagi membebankan rakyat ada la..aku sedih…sedih…sedih!!!!!!

Harga barang confirm akan melambung sebagai mana kenaikan harga minyak.Aku tension!!argh..kalau korang nak tau.Perbelanjaan utk makanan sebulan dalam keluarga aku kini hampir mencecah RM1300,ini hanya utk makanan sahaja.Manakala utk minyak kereta ibu aku plak RM500-RM600 sebulan.Itu baru sahaja kereta ibu aku,belum lagi kereta abah aku plak.Kereta abah aku menggunakan minyak diesel..Argh!!!sakitnya hati aku.Terasa nak pecah pun ada..hehehe..dashat punya penangan akibat kenaikan harga minyak ni.Mana taknya,gaji bapak aku berapa sen je..mcm mana nak idup ni???????????????

Apa yang aku nak cakap..mcm mana pula dengan penduduk kampung yang berpendapatan tak seberapa @ tetap dan tak makan gaji??aku pasti mereka pun terasa bahangnya.kesian dekat anak2 mereka..cuba korang fikirkan..renung2kan lah..Yang susah semakin susah,Yang kaya semakin kaya.Aku pasti kenaikan kali ni membawa padah kpd mereka yang berpendapatan rendah mc mcm abah aku dan yg seangkatan dengannya..

petrol price hike new price 040608 bm version

P/S:Inflasi akan berlaku lagi sebagaimana zaman Jepun memerintah negara kita dahulu.Negara kita pasti akan terjadi seperti negara Indonesia kerana harap duit je bnyk,tp nilainya kecil sebenarnya.Pasni leh la korang mkn sedap2 tiap2 bln..opss!!!silap2..korang leh la mkn pucuk ubi,kentang,ubi keledek…pe lagi..suma2 tulah..padankan muka korang..tak lupa..aku sekali..pasni confirm msk hospital sbb kurang zat..

Pss: Aku sokong dgn Pemerintah IRAN,sbb dia ckp..bekalan minyak cukup sebenarnya.Tapi dunia yg sibuk2 cakap minyak dah berkurangan sbb kepentingan masing2..Semua nak kaya punya pasal..dan rakyat yg menjadi mangsa!!yang pki motor pun sama..pasni dah takde dah nak cakap naik motor tu jimat..wlupun jimat sebenarnya..aku pasti golongan2 mcm ni akan kutuk kaw2 punya..hahaha

sesapa yg tak berpuas hati..leh tinggalakan komen kaw1 punya..nak kutuk ke..apa ke..aku tak kisah…sbb aku pun dah menyampah dan meluat dgn kenaikan semua harga barang dlm Malaysia..

Perempuan 70 thn yg disangka NENEK..IBU kpd bdk 3 tahun rupanya………

ADRIANA Iliescu melayan anaknya bermain di apartment mereka di Bucharest, Romania baru-baru ini.

MELIHAT kedutan pada wajahnya, orang ramai pasti menyangka seorang wanita tua, Adriana Iliescu merupakan nenek yang membawa cucu kesayangannya berjalan-jalan di Bucharest, Romania.

Bagaimanapun, Iliescu yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-70 pada Sabtu lalu sebenarnya baru pertama kali menjadi ibu dan bangga menghabiskan masa dengan anak perempuannya yang berumur tiga tahun, Eliza.

Dia menyara diri dan anaknya itu dengan wang pencen sejumlah £250 (RM1,580) sebulan dan gaji sebagai seorang professor separuh masa di sebuah universiti.

“Saya masih cergas dan sihat serta tidak pernah mengidap sebarang penyakit. Saya juga tidak merokok atau meminum arak,” kata nenek tua itu.

“Sekiranya saya dikurniakan umur yang panjang seperti ibu bapa saya, Eliza akan berumur 20 tahun apabila saya meninggal dunia kelak,” ujarnya.

Nenek tua itu mengejutkan dunia apabila dia melahirkan bayi perempuan melalui kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) pada 16 Januari 2005 ketika berumur 66 tahun dan 230 hari.

Tiga tahun selepas itu, Adriana yang menggunakan penderma sperma untuk mendapatkan anaknya pulang semula ke sebuah flat di Bucharest.

Adriana juga berasa bangga kerana pernah mencatatkan namanya dalam buku Guinness Book of Records sebagai ibu paling tua yang melahirkan anak.

Namun, rekodnya itu dipecahkan oleh seorang wanita tua dari Sepanyol, Carmela Bousada yang melahirkan bayi kembar pada 29 Disember 2006 ketika berumur 66 tahun dan 358 hari.

Setiap kali apabila Adriana berjalan-jalan bersama anaknya di taman atau pasar raya, orang ramai menyangka Eliza berjalan dengan neneknya.

GAMBAR fail Adriana Iliescu yang dirakam pada 2005 selepas dia dan anaknya dibenarkan pulang oleh sekumpulan doktor pakar di Romania.

Namun ibu tua itu tidak menghiraukan semua itu dan dia menegaskan bahawa semua orang yang ditemuinya bersikap positif dan memberi galakkan kepadanya.

“Orang ramai tidak pernah bersikap prejudis terhadap saya dan tiada kejadian yang tidak menyenangkan berlaku,” katanya.

“Di Romania, mereka yang mempunyai anak sangat dicemburui,” jelasnya.

Adriana mengajar di Universiti Bucharest selama tujuh jam seminggu dan dia menghantar Eliza ke sebuah pusat jagaan kanak-kanak.

Dia juga menerima bantuan daripada Majlis Perbandaran Bucharest untuk membantunya menguruskan kehidupannya sebagai seorang ibu.

Sebuah teksi dihantar ke kediamannya pada setiap pagi bagi membolehkan dia menghantar Eliza ke pusat jagaan kanak-kanak dan datang semula pada waktu petang untuk membawanya pulang.

“Pusat jagaan itu terletak agak jauh dan sukar menaiki bas untuk ke sana kerana kami perlu berjalan jauh,” jelas Adriana.

ADRIANA Iliescu bergambar bersama anaknya, Eliza.

Apabila tidak bekerja, ibu tua itu mempunyai beberapa jam sahaja untuk berehat dan membaca buku sementara anaknya pula dijaga oleh seorang pengasuh.

“Sekarang ini setelah mempunyai anak sukar untuk memperoleh masa terluang walaupun untuk membasuh rambut saya,” katanya.

“Bagaimanapun, mempunyai anak adalah sesuatu yang indah dan kehidupan anda tidak sia-sia. Falsafah Greek, Plato pernah berkata: Seseorang itu mati dengan gembira sekiranya ada individu yang mengembumikan mereka,” jelasnya. – Agensi

P/S: Rambut nenek ni lebat gler la…kalah aku..umur dah 70 thn pun..leh lg mcm tu..setahu aku susah nak dpt rambut mcm tu..sbb rmi dikalangan org perempuan di Malaysia..termasuk sekali lelaki..setelah smpi umur 40 thn..rambut akan gugur sedikit demi sedikit..mngkin cara pemakanan org Malaysia yg jd mcm tu kot..mcm mn la nenek ni jaga rambut dia…

Pautan dari surat khabar Kosmo!

Pondan yg lebih CANTIK dr WANITA TULEN…

KANGSADARN (tengah) tersenyum selepas diumumkan pemenang ratu pondan di Pattaya kelmarin.


PATTAYA – Seorang remaja yang dibesarkan di sebuah pangkalan tentera, Kangsadarn Wongdusadeekul dimahkotakan sebagai ratu pondan di Thailand malam kelmarin.

Kangsadarn yang berumur 19 tahun dan memiliki nama gelaran Nonk menerima mahkota kemenangan daripada pemenang tahun lalu.

Dia juga menerima hadiah wang tunai sebanyak 100,000 baht (RM10,072) iaitu nilai yang sama dengan gaji tahunan diperoleh oleh seorang pekerja kilang dan sebuah kereta Honda.

Ketika ditanya sama ada dia gembira jika menyertai perkhidmatan ketenteraan katanya kepada penonton: “Pada tahun lalu, saya mendaftarkan diri untuk menjadi seorang askar tetapi tubuh saya sudah berubah menyebabkan kerajaan tidak membenarkan saya menyertainya.”

“Kami cantik. Oleh itu, kami tidak perlu menjadi seorang askar,” katanya manakala penonton ketawa mendengar jawapan itu.

Dia berasa bertuah kerana masih diterima menjadi ahli keluarganya kerana bapanya merupakan pegawai tentera berpangkat kolonel dalam tentera Thailand. – AFP

P/S: bagi kaum lelaki yg mementingkan kecantikan wanita..anda semua mahu pilih yg pondan??ke yg asli tp tak seberapa cantiknya??

Pautan dari surat khabar Kosmo!

Ikan Purba Lahir Berrsalin????

GAMBARAN komputer yang memaparkan proses kelahiran anak ikan oleh ikan betina induk hasil daripada penemuan fosil purba terbaru di perairan Australia baru-baru ini.


MELBOURNE – Satu fosil ikan purba ditemui di Australia dipercayai memberi contoh paling lama menunjukkan proses kelahiran anak ikan, menurut laporan dalam keluaran terbaru jurnal ternama, Nature.

Menurut ketua penyelidik, John Long dari Muzium Victoria di sini, spesimen berusia 380 juta tahun itu ditemui dalam keadaan berawet bersama tiga embrio yang masih melekat dengan tali pusat daripada ikan betina induk.

Penemuan ini memberi petunjuk baru mengenai proses pembiakan yang diguna pakai oleh hidupan air kuno yang hidup kira-kira 200 juta tahun lalu sekali gus memberi perspektif baru terhadap kehidupan ikan.

Ia bukan saja bertelur malah bersalin pada satu ketika dahulu. Penemuan paling awal mengenai reproduktif reptilia hanya muncul pada era Mesozoic iaitu tempoh 248 hingga 65 juta tahun lalu. – Agensi

P/S: kalau ikan ni wujud lg..aku org pertama nak beli…hahaha..nak letak kat mana nnt2 aku fikirkan..yg penting..aku org pertama yg beli..tp dia mkn apa ha???

Pautan dari surat khabar Kosmo!

Mahu ke UM macam Aznil???


BAKAT cilik ini begitu menyanjungi Aznil Nawawi.


Aznil Nawawi berjaya mengikut jejak ikonnya, Sudirman untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Adakah Haziq berjaya mengikut langkah Aznil pula?

TATKALA menyaksikan filem genre komedi Nujum Pak Belalang yang diarahkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, kita pasti terkenangkan keletah pelakon cilik Bad Latif yang memegang watak Belalang.

Gayanya yang bersahaja dan bijak memainkan karakter membuatkan nama Bad Latif atau nama sebenarnya M.H. Ali H.A. Latiff antara pelakon kanak-kanak yang popular pada era P. Ramlee.

Justeru tidak hairanlah Bad Latif merupakan kanak-kanak Melayu pertama dinobatkan, Pelakon Kanak-kanak Lelaki Terbaik pada Pesta Filem Asia di Tokyo menerusi filem, Batu Belah Batu Bertangkup.

Kini industri seni tempatan diriuhkan dengan kehadiran pendatang baru yang cukup terkenal di kalangan kanak-kanak menerusi program, Tom-tom Bak dan Macam-macam Aznil, Muhammad Haziq Mohd Hazem.

Menurut pengacara nombor satu negara yang menjadi individu bertanggungjawab mencungkil bakat Haziq, Aznil Nawawi, Haziq seorang kanak-kanak yang begitu istimewa berbanding kanak-kanak lain. Dia begitu jujur dan tidak bersikap hipokrit ketika bergaul dan berhadapan dengan orang ramai.

AZNIL menganggap Haziq seorang kanak-kanak yang begitu istimewa dan jujur.


“Apa yang menarik mengenai Haziq ialah meskipun berusia sembilan tahun, tetapi corak pemikiran dan kelakuannya sungguh matang. Ketika mengacara dalam segmen Borak, Tom-tom Bak, Haziq begitu berhati-hati menuturkan kata-kata supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.

“Dia juga bersikap terbuka dan tidak malu beraksi di hadapan kamera serta spontan tatkala mengacara. Rasa berbangga juga apabila pihak produksi iklan dapat mengesan bakat Haziq menerusi program di Astro,” ujar Aznil ketika dihubungi selepas menjalani proses rakaman Tom-tom Bak.

Keletahnya yang bersahaja tatkala berhadapan di hadapan penonton, membuktikan dirinya seorang kanak-kanak yang berani dan yakin.

“Haziq nak jadi macam uncle Aznil. Uncle bijak, kelakar, bergaya dan baik dengan kanak-kanak. Haziq pun nak belajar rajin-rajin untuk masuk ke Universiti Malaya. Sebab uncle Aznil pun pernah belajar di universiti tu.

“Peluang bergandingan bersama uncle Aznil sememangnya impian Haziq. Sejak menonton rancangan, Macam-macam Aznil, Haziq terus meminta mama menghantar ke sesi uji bakat program tersebut,” luah bakat cilik yang begitu menyanjungi pengacara itu.

Aznil melahirkan rasa terharu apabila Haziq bercita-cita untuk mengikut jejak langkahnya, terutamanya menuntut di UM. Tambahnya: “Impian Haziq itu membayangi diri saya sendiri. Ketika kanak-kanak, saya begitu meminati Allahyarham Sudirman sehingga menanam hasrat untuk belajar di UM sama seperti Sudirman.

“Akhirnya hasrat tersebut tercapai kerana saya berpendapat untuk berjaya dan terkenal seperti Sudirman saya perlu mengikut langkahnya. Kini Haziq pula ingin mencontohi saya.

Bakat kanak-kanak berdarah campuran Melayu Arab yang bijak berhadapan dengan audiens dan bercakap tanpa bantuan skrip, menyebabkan dia terpilih sebagai pengacara dalam beberapa majlis. Antaranya Konsert Merdeka dan Festival

AZLIN sentiasa menasihatkan Haziq supaya mengutamakan pelajaran.


Astro bersama pengacara dan pelakon Zoey dan Zizan (Raja Lawak).

Bukan itu sahaja, tawaran demi tawaran iklan dan drama juga diterimanya. Namun begitu, setiap tawaran yang ditawarkan perlu dikaji terlebih dahulu oleh ibunya, Aqurina Azlin Azizol, 34.

“Buat masa ini kami hanya menerima tawaran berlakon iklan berbanding drama. Ini kerana proses penggambaran drama memerlukan komitmen dan tempoh yang lama. Perangai Haziq pula tepat sahaja pukul 9 malam adalah waktu tidurnya.

“Lagipun saya dan suami tidak mahu, Haziq keletihan pada keesokkan hari untuk ke sekolah. Bagi kami pelajaran perlu diberi keutamaan terlebih dahulu,” kata Azlin mengenai Haziq yang pernah berlakon iklan Streamyx, Singapore Tourism, Carera Bingo (alat tulis) dan Kinrara.


Tambah Azlin, sejak kecil lagi Haziq sudah mula menunjukkan minat dalam bidang seni. Di rumah selain membaca buku cerita dan bermain permainan PS2, dia akan menyanyi dan menari.

Boleh dikatakan setiap kali ada perjumpaan keluarga, Haziq pasti menghiburkan saudara-maranya dengan menyanyi lagu-lagu hit, bermain gitar dan menari.

“Haziq memang suka bidang ini kerana dapat jumpa artis dan masuk televisyen. Namun begitu, Haziq nasihatkan kepada kawan-kawan yang ingin menghadiri uji bakat Tom-tom Bak supaya lakukan yang terbaik.

“Buat apa yang uncle Aznil minta. Jangan buat uncle Aznil sedih sebab dia suka kanak-kanak periang dan sporting,” kata Haziq yang teringin berlakon di samping Aznil dan Awal Shaari. – IZYAN LIYANA MOHD. DARIF

P/S: Aku marah dgn bdk ni sbb potong line aku..hehehe..kaco betol bdk ni..aku pun nak jd mcm aznil gak..hahaha..

Pautan dari surat khabar Kosmo!