Pelajar sekolah agama lahir bayi bawah tangga….

KUALA TERENGGANU – Dalam usia masih muda, seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah agama pondok di sini terpaksa menahan kesakitan melahirkan bayi seorang diri di bawah tangga di blok asrama.

Dalam kejadian Jumaat lalu, pelajar berusia 17 tahun itu dipercayai memilih lokasi tersebut kerana ia jarang dilalui pelajar lain.

Paling mengejutkan bayi perempuan berusia tujuh bulan yang dilahirkan kira-kira pukul 12 tengah hari itu hanya mampu hidup selama lima minit sahaja.


SEORANG anggota polis membawa mayat bayi di dalam baldi yang ditemui di sebuah sekolah agama di Kuala Terengganu semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin memberitahu, pelajar tersebut kemudiannya membalut mayat bayi itu dengan baju sejuk, skirt dan seluar dalamnya.

Ujarnya, bayi malang itu dimasukkan ke dalam baldi berwarna merah sebelum dibawa ke belakang asrama perempuan dan diletakkan di bawah ampaian kain.

“Penemuan mayat bayi yang cukup sifat itu hanya disedari pelajar selepas terhidu bau busuk.

“Mayat bayi yang masih belum berulat itu ditemui dengan tali pusatnya sudah dipotong sendiri oleh ibunya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, penemuan mayat itu telah dimaklumkan kepada pihak polis oleh pengetua dan anggota polis tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

“Polis telah menyoal siasat para pelajar secara rambang bagi mendapat maklumat berhubung penemuan bayi berkenaan,” katanya.

Akhirnya, ujar beliau, seorang pelajar perempuan yang berasal dari Hulu Terengganu mengaku ibu kepada bayi berkenaan.

Sekolah tersebut mempunyai asrama berasingan untuk pelajar lelaki dan perempuan.

P/S: Nasihat yg dapat aku sampaikan ialah..fikir dulu sebelum buat..aku pun tak berani nak ckp bsr..sbb aku sndr pun masih lagi baru dlm kehidupan seharian kini yg semakin mencabar dgn arus lautan nafsu manusia yg kekdang membawa kehancuran..jd apa yg boleh dicakapkan buat masa ni..sblm buat jahat tu..ataupun semasa rancang2 nak buat jahat ke..cuba ingat kpd ibu dan abah kita kembali..kenangkan nasib mereka yang akan ditimpa hanya disebabkan diri kita…

Pautan dari surat khabar Kosmo!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: