Perempuan 70 thn yg disangka NENEK..IBU kpd bdk 3 tahun rupanya………

ADRIANA Iliescu melayan anaknya bermain di apartment mereka di Bucharest, Romania baru-baru ini.

MELIHAT kedutan pada wajahnya, orang ramai pasti menyangka seorang wanita tua, Adriana Iliescu merupakan nenek yang membawa cucu kesayangannya berjalan-jalan di Bucharest, Romania.

Bagaimanapun, Iliescu yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-70 pada Sabtu lalu sebenarnya baru pertama kali menjadi ibu dan bangga menghabiskan masa dengan anak perempuannya yang berumur tiga tahun, Eliza.

Dia menyara diri dan anaknya itu dengan wang pencen sejumlah £250 (RM1,580) sebulan dan gaji sebagai seorang professor separuh masa di sebuah universiti.

“Saya masih cergas dan sihat serta tidak pernah mengidap sebarang penyakit. Saya juga tidak merokok atau meminum arak,” kata nenek tua itu.

“Sekiranya saya dikurniakan umur yang panjang seperti ibu bapa saya, Eliza akan berumur 20 tahun apabila saya meninggal dunia kelak,” ujarnya.

Nenek tua itu mengejutkan dunia apabila dia melahirkan bayi perempuan melalui kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) pada 16 Januari 2005 ketika berumur 66 tahun dan 230 hari.

Tiga tahun selepas itu, Adriana yang menggunakan penderma sperma untuk mendapatkan anaknya pulang semula ke sebuah flat di Bucharest.

Adriana juga berasa bangga kerana pernah mencatatkan namanya dalam buku Guinness Book of Records sebagai ibu paling tua yang melahirkan anak.

Namun, rekodnya itu dipecahkan oleh seorang wanita tua dari Sepanyol, Carmela Bousada yang melahirkan bayi kembar pada 29 Disember 2006 ketika berumur 66 tahun dan 358 hari.

Setiap kali apabila Adriana berjalan-jalan bersama anaknya di taman atau pasar raya, orang ramai menyangka Eliza berjalan dengan neneknya.

GAMBAR fail Adriana Iliescu yang dirakam pada 2005 selepas dia dan anaknya dibenarkan pulang oleh sekumpulan doktor pakar di Romania.

Namun ibu tua itu tidak menghiraukan semua itu dan dia menegaskan bahawa semua orang yang ditemuinya bersikap positif dan memberi galakkan kepadanya.

“Orang ramai tidak pernah bersikap prejudis terhadap saya dan tiada kejadian yang tidak menyenangkan berlaku,” katanya.

“Di Romania, mereka yang mempunyai anak sangat dicemburui,” jelasnya.

Adriana mengajar di Universiti Bucharest selama tujuh jam seminggu dan dia menghantar Eliza ke sebuah pusat jagaan kanak-kanak.

Dia juga menerima bantuan daripada Majlis Perbandaran Bucharest untuk membantunya menguruskan kehidupannya sebagai seorang ibu.

Sebuah teksi dihantar ke kediamannya pada setiap pagi bagi membolehkan dia menghantar Eliza ke pusat jagaan kanak-kanak dan datang semula pada waktu petang untuk membawanya pulang.

“Pusat jagaan itu terletak agak jauh dan sukar menaiki bas untuk ke sana kerana kami perlu berjalan jauh,” jelas Adriana.

ADRIANA Iliescu bergambar bersama anaknya, Eliza.

Apabila tidak bekerja, ibu tua itu mempunyai beberapa jam sahaja untuk berehat dan membaca buku sementara anaknya pula dijaga oleh seorang pengasuh.

“Sekarang ini setelah mempunyai anak sukar untuk memperoleh masa terluang walaupun untuk membasuh rambut saya,” katanya.

“Bagaimanapun, mempunyai anak adalah sesuatu yang indah dan kehidupan anda tidak sia-sia. Falsafah Greek, Plato pernah berkata: Seseorang itu mati dengan gembira sekiranya ada individu yang mengembumikan mereka,” jelasnya. – Agensi

P/S: Rambut nenek ni lebat gler la…kalah aku..umur dah 70 thn pun..leh lg mcm tu..setahu aku susah nak dpt rambut mcm tu..sbb rmi dikalangan org perempuan di Malaysia..termasuk sekali lelaki..setelah smpi umur 40 thn..rambut akan gugur sedikit demi sedikit..mngkin cara pemakanan org Malaysia yg jd mcm tu kot..mcm mn la nenek ni jaga rambut dia…

Pautan dari surat khabar Kosmo!

Advertisements

7 Responses

  1. hurm… betul gak tu.. cantik lagi rambut dia.. x de uban tu.. pakai dye ke.. hahaha

  2. pergh.. subur gler nenek ni…ha ha ha..
    p/s: da add dah ym. nnti rajin2 la buzz yek!

  3. rafhz -> sekali tgk..rambut dia mcm rambut palsu pun ada..hahaha..apa la nenek ni mkn agknya..yg pastinya aku mcm tak percaya sbb nenek ni masih lg bekerja sbgi pensyarah..ingatan dia kuat lg ke??hehhee

    hanep -> hahaha..nak buat mcm mn hanip..anak dara tua..dia dpt anak pun dr hasil pendermaan sperma..masa muda xde org nak dia kot..jd subur smpi ke tua la..hehehe..aku dah add ko dah..tp dkt ym tu kadang2 je leh chat…memandangkan mggu ni mggu last cuti..huhhhuu

  4. takutnya. tapi yang kesian. anak tu la..

  5. knp lak kesian kat anak dia tu silentleo??sbb takut mak dia mati tak lama lg ea??hehehe…

  6. comel la plak anak dia hehe..

  7. err sejak farah bukak blog nie.. aku komfius nk bukak blog mane dulu nk mengomen… farah ke titan… haha.. penin kepala aku… farah. x de hadiah ke ntuk komen byk2 klat blog ko nie haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: