Pondan yg lebih CANTIK dr WANITA TULEN…

KANGSADARN (tengah) tersenyum selepas diumumkan pemenang ratu pondan di Pattaya kelmarin.


PATTAYA – Seorang remaja yang dibesarkan di sebuah pangkalan tentera, Kangsadarn Wongdusadeekul dimahkotakan sebagai ratu pondan di Thailand malam kelmarin.

Kangsadarn yang berumur 19 tahun dan memiliki nama gelaran Nonk menerima mahkota kemenangan daripada pemenang tahun lalu.

Dia juga menerima hadiah wang tunai sebanyak 100,000 baht (RM10,072) iaitu nilai yang sama dengan gaji tahunan diperoleh oleh seorang pekerja kilang dan sebuah kereta Honda.

Ketika ditanya sama ada dia gembira jika menyertai perkhidmatan ketenteraan katanya kepada penonton: “Pada tahun lalu, saya mendaftarkan diri untuk menjadi seorang askar tetapi tubuh saya sudah berubah menyebabkan kerajaan tidak membenarkan saya menyertainya.”

“Kami cantik. Oleh itu, kami tidak perlu menjadi seorang askar,” katanya manakala penonton ketawa mendengar jawapan itu.

Dia berasa bertuah kerana masih diterima menjadi ahli keluarganya kerana bapanya merupakan pegawai tentera berpangkat kolonel dalam tentera Thailand. – AFP

P/S: bagi kaum lelaki yg mementingkan kecantikan wanita..anda semua mahu pilih yg pondan??ke yg asli tp tak seberapa cantiknya??

Pautan dari surat khabar Kosmo!

Mahu ke UM macam Aznil???


BAKAT cilik ini begitu menyanjungi Aznil Nawawi.


Aznil Nawawi berjaya mengikut jejak ikonnya, Sudirman untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Adakah Haziq berjaya mengikut langkah Aznil pula?

TATKALA menyaksikan filem genre komedi Nujum Pak Belalang yang diarahkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, kita pasti terkenangkan keletah pelakon cilik Bad Latif yang memegang watak Belalang.

Gayanya yang bersahaja dan bijak memainkan karakter membuatkan nama Bad Latif atau nama sebenarnya M.H. Ali H.A. Latiff antara pelakon kanak-kanak yang popular pada era P. Ramlee.

Justeru tidak hairanlah Bad Latif merupakan kanak-kanak Melayu pertama dinobatkan, Pelakon Kanak-kanak Lelaki Terbaik pada Pesta Filem Asia di Tokyo menerusi filem, Batu Belah Batu Bertangkup.

Kini industri seni tempatan diriuhkan dengan kehadiran pendatang baru yang cukup terkenal di kalangan kanak-kanak menerusi program, Tom-tom Bak dan Macam-macam Aznil, Muhammad Haziq Mohd Hazem.

Menurut pengacara nombor satu negara yang menjadi individu bertanggungjawab mencungkil bakat Haziq, Aznil Nawawi, Haziq seorang kanak-kanak yang begitu istimewa berbanding kanak-kanak lain. Dia begitu jujur dan tidak bersikap hipokrit ketika bergaul dan berhadapan dengan orang ramai.

AZNIL menganggap Haziq seorang kanak-kanak yang begitu istimewa dan jujur.


“Apa yang menarik mengenai Haziq ialah meskipun berusia sembilan tahun, tetapi corak pemikiran dan kelakuannya sungguh matang. Ketika mengacara dalam segmen Borak, Tom-tom Bak, Haziq begitu berhati-hati menuturkan kata-kata supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.

“Dia juga bersikap terbuka dan tidak malu beraksi di hadapan kamera serta spontan tatkala mengacara. Rasa berbangga juga apabila pihak produksi iklan dapat mengesan bakat Haziq menerusi program di Astro,” ujar Aznil ketika dihubungi selepas menjalani proses rakaman Tom-tom Bak.

Keletahnya yang bersahaja tatkala berhadapan di hadapan penonton, membuktikan dirinya seorang kanak-kanak yang berani dan yakin.

“Haziq nak jadi macam uncle Aznil. Uncle bijak, kelakar, bergaya dan baik dengan kanak-kanak. Haziq pun nak belajar rajin-rajin untuk masuk ke Universiti Malaya. Sebab uncle Aznil pun pernah belajar di universiti tu.

“Peluang bergandingan bersama uncle Aznil sememangnya impian Haziq. Sejak menonton rancangan, Macam-macam Aznil, Haziq terus meminta mama menghantar ke sesi uji bakat program tersebut,” luah bakat cilik yang begitu menyanjungi pengacara itu.

Aznil melahirkan rasa terharu apabila Haziq bercita-cita untuk mengikut jejak langkahnya, terutamanya menuntut di UM. Tambahnya: “Impian Haziq itu membayangi diri saya sendiri. Ketika kanak-kanak, saya begitu meminati Allahyarham Sudirman sehingga menanam hasrat untuk belajar di UM sama seperti Sudirman.

“Akhirnya hasrat tersebut tercapai kerana saya berpendapat untuk berjaya dan terkenal seperti Sudirman saya perlu mengikut langkahnya. Kini Haziq pula ingin mencontohi saya.

Bakat kanak-kanak berdarah campuran Melayu Arab yang bijak berhadapan dengan audiens dan bercakap tanpa bantuan skrip, menyebabkan dia terpilih sebagai pengacara dalam beberapa majlis. Antaranya Konsert Merdeka dan Festival

AZLIN sentiasa menasihatkan Haziq supaya mengutamakan pelajaran.


Astro bersama pengacara dan pelakon Zoey dan Zizan (Raja Lawak).

Bukan itu sahaja, tawaran demi tawaran iklan dan drama juga diterimanya. Namun begitu, setiap tawaran yang ditawarkan perlu dikaji terlebih dahulu oleh ibunya, Aqurina Azlin Azizol, 34.

“Buat masa ini kami hanya menerima tawaran berlakon iklan berbanding drama. Ini kerana proses penggambaran drama memerlukan komitmen dan tempoh yang lama. Perangai Haziq pula tepat sahaja pukul 9 malam adalah waktu tidurnya.

“Lagipun saya dan suami tidak mahu, Haziq keletihan pada keesokkan hari untuk ke sekolah. Bagi kami pelajaran perlu diberi keutamaan terlebih dahulu,” kata Azlin mengenai Haziq yang pernah berlakon iklan Streamyx, Singapore Tourism, Carera Bingo (alat tulis) dan Kinrara.


Tambah Azlin, sejak kecil lagi Haziq sudah mula menunjukkan minat dalam bidang seni. Di rumah selain membaca buku cerita dan bermain permainan PS2, dia akan menyanyi dan menari.

Boleh dikatakan setiap kali ada perjumpaan keluarga, Haziq pasti menghiburkan saudara-maranya dengan menyanyi lagu-lagu hit, bermain gitar dan menari.

“Haziq memang suka bidang ini kerana dapat jumpa artis dan masuk televisyen. Namun begitu, Haziq nasihatkan kepada kawan-kawan yang ingin menghadiri uji bakat Tom-tom Bak supaya lakukan yang terbaik.

“Buat apa yang uncle Aznil minta. Jangan buat uncle Aznil sedih sebab dia suka kanak-kanak periang dan sporting,” kata Haziq yang teringin berlakon di samping Aznil dan Awal Shaari. – IZYAN LIYANA MOHD. DARIF

P/S: Aku marah dgn bdk ni sbb potong line aku..hehehe..kaco betol bdk ni..aku pun nak jd mcm aznil gak..hahaha..

Pautan dari surat khabar Kosmo!

Nash sudah CERAIKAN Sosilawati???



Satu lagi berita hangat…..Nash dah CERAIKAN Sosilawati...aku pun tak paham apa nak jadi dgn org sekarang ni..kawin je cerai…tak abih2 dgn cerai..baik takyah kawin kalau mcm tu..betol tak???kawin bagai nak rak..sampai puluh2 ribu..pastu cerai..baik kasi duit tu kat aku…ada gak pekdah..leh aku beli buku..hahahaha…sumber ini aku dpt dari berita harian..lantak le dorang nak cerai..apa leh buat…dua2 kepala batu…namun aku ada copy and pastekan apa yg nash dah ckp dekat bini dia tu…korang baca ni…. “Lafaz oleh Nash berbunyi: “Buat apa saya nak balik lagi ke rumah… awak bukan isteri saya lagi. Saya sudah ceraikan awak. Kalau saya nak balik rumah, saya kena nikah dengan awak semula,” katanya.. hahhaa..dah baca kan??dashat artis2 skrng ni..kawin je cerai..pe nak jd tah..namun aku ada terbaca lg sket psl info penceraian dorang ni…cuba korang tgk kat bwh ni..dan lg 1..kali ni penceraian siap ada saksi lagi..nama saksi tu tak silap aku…Abdul Jalil Ismail, 49…huhuhuhu..nmpknya kali ni dorang betul2 akan bercerai dan berpisah..sedangkan lidah sendiri tergigit inikan suami isteri pula..kali ni aku rasa meletop la..tak main dah lagi gigit2 lidah..hahahaha..

Perkara yg berlaku di sepanjang penantian penceraian dr makhamah..

  1. Nash tidak menghiraukan Sosilawati kerana berpendapat bekas isteri pertamanya lebih baik daripada isteri keduanya.
  2. Sosilawati plak sangat mrah dgn Nash sbb dibandingkan dengan isteri pertama Nash tu..salah satu faktor yg boleh membawa pertengkaran..
  3. Terdahulu Sosilawati dalam keterangannya memberitahu Nash melafazkan cerai ketika dia menghubungi melalui telefon pada 12 September 2007
  4. Lepas tu Nash ada lafazkan sekali lagi lafaz cerai kali kedua pada 17 september dan perkara ini di ketahui oleh Abdul Jalil apabila bertembung di makhamah tinggi syariah islam shah alam ketika nash sibuk2 menfailkan permohonan menghalang Nash memindah pemilikan harta bernilai RM880 000…..duit lagi wo…kayo la dorang nih..

ini sumber terbaru yg aku dpt..namun dulu ada ura2 yg mengatakan sbb penceraian ni disbbkan oleh Nash mengeluarkan duit isteri dia tanpa kebenaran beliau..hahahaha..lantak le..aku dah tak tau nak ckp apa lg..dah nak cerai..cerai je lah..no komen…

p/s: korang sok klu nak kawin..agak2nya brp ratus ribu rupiah lak nak abihkan??hahahaha…pesanan ringkas aku..dah kawin tu..jgn le cerai2..kalau cerai2..baik takyah kawin trus..biar korang membujang smpi ke tua…lg snang…pas dah baca post nih..jgn lupa lak nak tngglkan komen..hahahaha…