Perempuan 70 thn yg disangka NENEK..IBU kpd bdk 3 tahun rupanya………

ADRIANA Iliescu melayan anaknya bermain di apartment mereka di Bucharest, Romania baru-baru ini.

MELIHAT kedutan pada wajahnya, orang ramai pasti menyangka seorang wanita tua, Adriana Iliescu merupakan nenek yang membawa cucu kesayangannya berjalan-jalan di Bucharest, Romania.

Bagaimanapun, Iliescu yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-70 pada Sabtu lalu sebenarnya baru pertama kali menjadi ibu dan bangga menghabiskan masa dengan anak perempuannya yang berumur tiga tahun, Eliza.

Dia menyara diri dan anaknya itu dengan wang pencen sejumlah £250 (RM1,580) sebulan dan gaji sebagai seorang professor separuh masa di sebuah universiti.

“Saya masih cergas dan sihat serta tidak pernah mengidap sebarang penyakit. Saya juga tidak merokok atau meminum arak,” kata nenek tua itu.

“Sekiranya saya dikurniakan umur yang panjang seperti ibu bapa saya, Eliza akan berumur 20 tahun apabila saya meninggal dunia kelak,” ujarnya.

Nenek tua itu mengejutkan dunia apabila dia melahirkan bayi perempuan melalui kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) pada 16 Januari 2005 ketika berumur 66 tahun dan 230 hari.

Tiga tahun selepas itu, Adriana yang menggunakan penderma sperma untuk mendapatkan anaknya pulang semula ke sebuah flat di Bucharest.

Adriana juga berasa bangga kerana pernah mencatatkan namanya dalam buku Guinness Book of Records sebagai ibu paling tua yang melahirkan anak.

Namun, rekodnya itu dipecahkan oleh seorang wanita tua dari Sepanyol, Carmela Bousada yang melahirkan bayi kembar pada 29 Disember 2006 ketika berumur 66 tahun dan 358 hari.

Setiap kali apabila Adriana berjalan-jalan bersama anaknya di taman atau pasar raya, orang ramai menyangka Eliza berjalan dengan neneknya.

GAMBAR fail Adriana Iliescu yang dirakam pada 2005 selepas dia dan anaknya dibenarkan pulang oleh sekumpulan doktor pakar di Romania.

Namun ibu tua itu tidak menghiraukan semua itu dan dia menegaskan bahawa semua orang yang ditemuinya bersikap positif dan memberi galakkan kepadanya.

“Orang ramai tidak pernah bersikap prejudis terhadap saya dan tiada kejadian yang tidak menyenangkan berlaku,” katanya.

“Di Romania, mereka yang mempunyai anak sangat dicemburui,” jelasnya.

Adriana mengajar di Universiti Bucharest selama tujuh jam seminggu dan dia menghantar Eliza ke sebuah pusat jagaan kanak-kanak.

Dia juga menerima bantuan daripada Majlis Perbandaran Bucharest untuk membantunya menguruskan kehidupannya sebagai seorang ibu.

Sebuah teksi dihantar ke kediamannya pada setiap pagi bagi membolehkan dia menghantar Eliza ke pusat jagaan kanak-kanak dan datang semula pada waktu petang untuk membawanya pulang.

“Pusat jagaan itu terletak agak jauh dan sukar menaiki bas untuk ke sana kerana kami perlu berjalan jauh,” jelas Adriana.

ADRIANA Iliescu bergambar bersama anaknya, Eliza.

Apabila tidak bekerja, ibu tua itu mempunyai beberapa jam sahaja untuk berehat dan membaca buku sementara anaknya pula dijaga oleh seorang pengasuh.

“Sekarang ini setelah mempunyai anak sukar untuk memperoleh masa terluang walaupun untuk membasuh rambut saya,” katanya.

“Bagaimanapun, mempunyai anak adalah sesuatu yang indah dan kehidupan anda tidak sia-sia. Falsafah Greek, Plato pernah berkata: Seseorang itu mati dengan gembira sekiranya ada individu yang mengembumikan mereka,” jelasnya. – Agensi

P/S: Rambut nenek ni lebat gler la…kalah aku..umur dah 70 thn pun..leh lg mcm tu..setahu aku susah nak dpt rambut mcm tu..sbb rmi dikalangan org perempuan di Malaysia..termasuk sekali lelaki..setelah smpi umur 40 thn..rambut akan gugur sedikit demi sedikit..mngkin cara pemakanan org Malaysia yg jd mcm tu kot..mcm mn la nenek ni jaga rambut dia…

Pautan dari surat khabar Kosmo!

Ikan Purba Lahir Berrsalin????

GAMBARAN komputer yang memaparkan proses kelahiran anak ikan oleh ikan betina induk hasil daripada penemuan fosil purba terbaru di perairan Australia baru-baru ini.


MELBOURNE – Satu fosil ikan purba ditemui di Australia dipercayai memberi contoh paling lama menunjukkan proses kelahiran anak ikan, menurut laporan dalam keluaran terbaru jurnal ternama, Nature.

Menurut ketua penyelidik, John Long dari Muzium Victoria di sini, spesimen berusia 380 juta tahun itu ditemui dalam keadaan berawet bersama tiga embrio yang masih melekat dengan tali pusat daripada ikan betina induk.

Penemuan ini memberi petunjuk baru mengenai proses pembiakan yang diguna pakai oleh hidupan air kuno yang hidup kira-kira 200 juta tahun lalu sekali gus memberi perspektif baru terhadap kehidupan ikan.

Ia bukan saja bertelur malah bersalin pada satu ketika dahulu. Penemuan paling awal mengenai reproduktif reptilia hanya muncul pada era Mesozoic iaitu tempoh 248 hingga 65 juta tahun lalu. – Agensi

P/S: kalau ikan ni wujud lg..aku org pertama nak beli…hahaha..nak letak kat mana nnt2 aku fikirkan..yg penting..aku org pertama yg beli..tp dia mkn apa ha???

Pautan dari surat khabar Kosmo!

Piping work in Sabah..




hahhaa…aku no komen…pndi2 la korang tgk sndr..tp jgn lupa tngglkan komen utk post kali ni..aku tgh pening nih…mcm berserabut plak blog aku nih..nak kmskan balik..len kali la..sakit kpale aku..pndi2 la feeling dgn gmbr buaya nih..sungai harapkan buaya..buaya balik mkn manusia..hahahaha..tah apa kena mengena dgn peribahasa aku ni pun tak tau la…

Muka bersalut Emas…

SEORANG tetamu merelakan wajahnya diselaputi logam emas tulen ketika mendapatkan rawatan mencantikkan wajah menggunakan emas oleh syarikat kecantikan Jepun, Umo, di Tokyo semalam. Ia dikatakan sejenis rawatan antipenuaan dan salah satu barangan yang dipamerkan di pameran firma ‘Beautyworld Japan’. Selepas >> > SEORANG tetamu merelakan wajahnya diselaputi logam emas tulen ketika mendapatkan rawatan mencantikkan wajah menggunakan emas oleh syarikat kecantikan Jepun, Umo, di Tokyo semalam. Ia dikatakan sejenis rawatan antipenuaan dan salah satu barangan yang dipamerkan di pameran firma ‘Beautyworld Japan’.

  • SEORANG tetamu merelakan wajahnya diselaputi logam emas tulen ketika mendapatkan rawatan mencantikkan wajah menggunakan emas oleh syarikat kecantikan Jepun, Umo, di Tokyo semalam. Ia dikatakan sejenis rawatan antipenuaan dan salah satu barangan yang dipamerkan di pameran firma 'Beautyworld Japan'.

Hahhaa..kali ni dpt dr berita harian online..apa nak jadi dah ni..tak cukup barang kemas dekat bdn..muka pun duk buh gak..lantak ko le…tak tau aku nak ckp..drpd membazir buat mask kat muka dgn emas tu..aku rasa balik kasi kat org yg duk bli brng kemas nikel..suh dia sapu kat barang kemas dia tu..hahahaha..manusia2..pe nak jd tah..aku pun tak paham..semakin hari semakin pelik..nak akhir zaman agaknya..hahaha..pasni tah apa la plak duk buh kat muka tu..bak kata cikgu tusyen bio aku dulu..bkn sapu mask kat muka tu..duk dapu feaces..feaces tu bunyik dia nak dekat sama dgn faces..korang tau tak apa maksud feaces nih??pi carik kamuih klu tak tau..faces tau??alah..yg org prmpn duk suka pi mengabihkan masa kat sallon..eh!!sallon lak…pe nama tah tmpt yg org prmpn duk buat muka2 dorang nih..tak silap aku facial kot..hahaha..lantak lah…jnji..jgn korang lak buat benda2 plik ni..klu dah kayo sngt..sedokah je duit tu..takpun sedokah je kat aku yg kais pg mkn pg..kais petang mkn angin..hahaha..

p/s:suma ni aku amik kat berita harian je…n olahkan pendpt aku yg tak seberapa nih..dah singah jgn lupa lak bg komen..hahahaha